PRK Kuala Kubu Baharu: Mesyuarat perkukuh jentera Keadilan capai harmoni

Sekretariat Kerajaan Perpaduan bermesyuarat pada Selasa bagi membincangkan persediaan jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Ketua Setiusaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution hadir ke Pusat Dagangan Dunia (WTC) bagi mempengerusikan mesyuarat itu.

Menerusi hantarannya di Facebook, Saifuddin menjelaskan tujuan mesyuarat itu adalah untuk memperkukuhkan jentera Keadilan dan hasil mesyuarat akan dibentangkan ke Mesyuarat Majlis Perundangan Kerajaan Perpaduan.

“Perbincangan malam ini adalah sesi persediaan memperkukuh jentera serta gerak kerja Perpaduan untuk Pilihan Raya Kecil Dun Kuala Kubu Bharu.

“Hasil mesyuarat ini akan dibentangkan ke Mesyuarat Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan yang akan dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim,” tulisnya.

Jelas Menteri Dalam Negeri itu, mesyuarat tersebut berlansung dengan cukup baik, harmoni dan menjadi sebahagian dari terjemahan kepada persefahaman yang utuh, padat dan berfungsi.

Turut menyertai mesyuarat itu antaranya Ketua Sekreteriat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Sebelum ini, keputusan PRN 2023 bagi N6 Kuala Kubu Baharu, Lee Kee Hiong (PH-DAP) menang 14,862 undi mengatasi Teoh Kien Hong (PN-Gerakan) 10,743 undi, Chng Boon Lai (PRM) 527 undi, dana Dr R Siva Prakash (Muda) 1,186 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei dengan 27 April sebagai hari penamaan calon.

Hari pengundian awal pula ditetapkan pada 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat