Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 di 7 negeri, bermula di Johor

Bersempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama Perdana Menteri akan diadakan di tujuh buah negeri, bermula di Johor pada 18 April 2024.

Berikut merupakan tujuh buah negeri yang akan melangsungkan Majlis Sambutan MADANI 2024:

1. Johor pada 18 April 2024 (Khamis)
2. Sabah pada 20 April 2024 (Sabtu)
3. Melaka pada 22 April 2024 (Khamis)
4. Kelantan pada 2 Mei 2024 (Khamis)
5. Kedah pada 4 Mei 2024 (Sabtu)
6. Pulau Pinang pada 5 Mei 2024 (Ahad)
7. Terengganu pada 9 Mei 2024 (Khamis)

Penganjuran majlis sambutan aidilfitri tersebut adalah kerjasama antara Kerajaan Negeri selaku tuan rumah dan Kementerian peneraju sebagai pelaksana bersama.

Dalam pada itu, majlis tersebut akan dihadiri oleh Perdana Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri-negeri berkenaan.

Selain bertujuan untuk memupuk semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat, ia juga membolehkan pemimpin beramah mesra bersama rakyat.

Sementara itu, Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah pada 20 April 2024 (Sabtu) bermula dari pukul 10.30 pagi hingga 3.00 petang.

Manakala, Negeri Johor akan menjadi negeri pertama pelaksanaan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI pada 18 April 2024 (Khamis) bertempat di Padang Begonia, Angsana Johor Bahru Mall bermula pukul 4.00 petang hingga 7.00 malam.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat