Dzulkefly Ahmad, Zambry Kadir jamin program Parallel Pathway mampu patuhi piawai tertinggi

Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan bersama-sama Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi telah mempengerusikan Mesyuarat Berhubung Memorandum Bersama Daripada Menteri Kesihatan dan Menteri Pendidikan Tinggi pada Khamis.

Berdasarkan satu hantaran Facebook milik Dzulkefly, mesyuarat berkenaan mengetengahkan tentang Cadangan Pindaan Akta Perubatan 1971 [Akta 50] di Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya.

“Mesyuarat tersebut diadakan untuk meneliti dengan lebih lanjut berkenaan program Parallel Pathway dan untuk mencari jalan penyelesaian bagi memberi jaminan ilmu yang diperoleh para pelatih mematuhi piawai tertinggi.

“Berdasarkan perbincangan mesyuarat ini juga, satu Memorandum akan dibawa kepada barisan Jemaah Menteri.

“Memorandum tersebut adalah untuk persetujuan lanjut dan ia selari dengan hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang optimum kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat