Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kestabilan pembangunan yang dilaksanakan di Johor dan mengiktiraf usaha Kerajaan Johor dalam membasmi masalah sosioekonomi di sana.
Katanya, pembangunan di Johor pada saat ini menunjukkan kemajuan yang mampan dan sekata di samping mengumumkan perencanaan kerajaan dalam meningkatkan pelaburan di Johor.
“Saya berkongsi mengenai usaha Persekutuan dan Negeri dalam membangun Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) susulan dari pengumuman dalam Belanjawan MADANI yang kedua pada tahun lalu.
“Ini merupakan sebahagian dari perencanaan kerajaan untuk meningkat pelaburan khususnya di negeri Johor, selain memperkukuh hubungan dengan Singapura,” katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, Anwar turut menghargai usaha Kerajaan Negeri Johor dalam membasmi dan menyelesaikan isu sosioekonomi yang signifikan di seluruh negara iaitu miskin tegar di negeri itu.
Beliau juga mengiktiraf kemajuan dan gerak kerja Kerajaan Johor dalam mengekang masalah tersebut daripada berleluasa.
Anwar berkata demikian ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka MADANI anjuran Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Negeri Johor di Padang B, Plaza Angsana pada petang hari Khamis.
Johor merupakan negeri pertama yang menganjurkan majlis tersebut hasil anjuran bersama Kementerian Pertahanan.
Baca juga: