Warga emas bakar diri sendiri dalam kenderaan di Perak

Seorang warga emas melecur seluruh badan selepas bertindak membakar diri sendiri dalam sebuah kenderaan di Hala Tasek Timur 42, Anjung Bercham Utara, Perak pada Jumaat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak dikejutkan dengan panggilan kecemasan pada pukul 8.27 pagi berhubung kejadian tersebut.

Komander Operasi, Mahmud Azaddin Mohd Najamuddin berkata, lelaki berusia 61 tahun itu dilaporkan telah melakukan cubaan membunuh diri dengan membakar diri sendiri.

“Mangsa mengalami kecederaan melecur seluruh badan dianggarkan sehingga 70 peratus.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, seramai sembilan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh telah dikejarkan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT sebaik panggilan diterima.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat