Anwar hulurkan sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra Mohamed Khairul Idhham yang menghidap penyakit Biliary Atresia atau kerosakan pada hati sejak lahir pada Jumaat.

Hal itu berikutan adik Nur Khayla yang dijadualkan bakal menjalani pembedahan di China tidak lama lagi.

Anwar menerusi kenyataan Facebook berkata, sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi sebagai wakil bertemu Nur Khayla Azzahra yang berusia 20 bulan dan keluarganya.

Katanya, sumbangan tersebut adalah untuk membantu menampung kos perubatan dan perjalanan mereka ke China.

“Dalam pertemuan ini, saudara Farhan turut sampaikan sumbangan kepada Nur Khayla dan keluarga bagi menampung kos perubatan dan perjalanan mereka nanti,” ujarnya

Beliau turut meminta orang ramai agar sama-sama mendoakan agar Nur Khayla selamat jalani pembedahan dan segera sembuh.

Baca juga: