Negeri

Seorang tersepit, kenderaan terbabas di Kuala Kangsar

Seorang individu dilaporkan tersepit di tempat duduk dalam kenderaan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Jambatan Sultan Iskandar, Kuala Kangsar, Perak pada Jumaat.

Kemalangan itu melibatkan sebuah van jenis Nissan Vanette yang dinaiki oleh dua orang di dalamnya.

Komander operasi, Muhammad Fawwaz Abdul Jamil berkata, salah seorang mangsa yang berada di dalam kenderaan itu telah tersepit dan mengalami kecederaan manakala seorang lagi mangsa iaitu penumpang kenderaan itu berada dalam keadaan baik dan selamat.

“Kejadian tersebut dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak pada pukul 4.14 petang sebelum sepasukan Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

“Pasukan Bomba seramai 6 orang tiba di lokasi kejadian bersama jentera FRT dan kenderaan Unit EMRS telah bertindak menjalankan operasi penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas menyelamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima rawatan lanjut.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close