Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Johari Abdul akan mengetuai delegasi Parlimen Malaysia dalam lawatan rasmi ke United Kingdom dan Republik Ireland dari 23 April hingga 2 Mei 2024.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Parlimen Malaysia, lawatan tersebut bertujuan untuk memperdalam pemahamam tentang tadbir urus parlimen, memupuk kerjasama dan mengukuhkan hubungan antara parlimen UK, Ireland dan Malaysia.
Turut menyertai delegasi Malaysia dalam lawatan rasmi itu adalah Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen, Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee, dan Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam.
Jelasnya juga, sepanjang lawatan ini, delegasi akan terlibat dalam beberapa siri perbincangan, bengkel dan mesyuarat yang dirangka untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam hal ehwal parlimen.
“Antara sasaran utama lawatan rasmi ini termasuk mempertingkat kefahaman mengenai tadbir urus Parlimen, mempertingkat kefahaman mengenai struktur dan proses jawatan kuasa pilihan khas.
“Lawatan ini turut memfokuskan untuk perkongsian amalan terbaik untuk perjalan Dewan Rakyat serta mengukuhkan hubungan antara Parlimen,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Lawatan ini merupakan antara salah satu usaha berterusan Parlimen Malaysia terhadap mempertingkat kepakaran, kerjasama antarabangsa, dan pemupukan nilai demokrasi.
Diharapkan degan pertukaran pengetahuan dan pengalaman dapat memantapkan ahli-ahli parlimen agar dapat memainkan peranan penting demi memajukan demokrasi di Malaysia.
Baca juga: