Susulan insiden nahas helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengadakan lawatan ke tempat kejadian pada Selasa.
Difahamkan, lawatan tersebut bertujuan bagi melihat situasi semasa yang berlaku serta mengikuti dengan lebih dekat perkembangan kejadian berkenaan.
Sebelumnya, Khaled telah mengadakan lawatan ke Hospital Angkatan Tentera, Lumut untuk bertemu ahli keluarga mangsa yang terlibat.
Beliau turut menzahirkan raasa dukacitanya serta mengucapkan salam takziah buat ahli keluarga mangsa serta mendoakan agar mereka kekal tabah menghadapi ujian tersebut.
Terdahulu, kesemua sambutan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat telah dibatalkan dan akan digantikan dengan majlis doa selamat.
Menurut Khaled, acara tersebut dibatalkan ekoran insiden pertembungan dua helikopter yang menjalani raptai Hari TLDM itu.
“Kesemua acara itu dibatalkan. Pembatalan sambutan itu mendapati perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Kapten Yang Dipertua TLDM,” katanya.
Baca juga: