Penunggang motosikal cedera terbabas sendiri dekat kubur

Seorang lelaki cedera selepas motosikal ditunggangnya terbabas sendiri di bahu Jalan Tanah Perkuburan Islam Kuala Penyu, Sabah pada pukul 2.36 petang hari Rabu.

Menurut Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), PPgB Nelson Ponji berkata, mangsa menunggang sebuah motosikal jenis Benelli mengalami patah kaki kanan dan menerima rawatan awal oleh pegawai perubatan yang bertugas.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Penyu untuk rawatan lanjut selepas menerima rawatan awal di tempat kejadian.

“Operasi tersebut melibatkan lima orang anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu bersama jentera Vigo,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat