Ustaz didakwa liwat pelajar, polis terima 6 laporan

Polistelah berjaya menahan seorang ustaz di sebuah pusat tahfiz kerana disyaki meliwat tiga pelajarnya sejak dua tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, pihakya tidak menolak sebarang laporan dibuat mangsa terhadap suspek.

“Pihak polis menerima enam laporan iaitu tiga di Machang dan tiga di Bachok.

“Banyak perkara yang kita nak lihat dan setakat ini pada peringkat awal hanya satu laporan, kemudian menjadi tiga laporan dibuat dan akhir-akhir ini ada lagi laporan akan dibuat.

“Ia membabitkan tiga di Bachok kerana sebelum ini suspek bertugas di sana. Kemudian suspek berpindah ke Machang, membawa bersama budak-budak berkenaan dan meneruskan perbuatan itu sejak 2022 hingga April ini,” katanya ditemui selepas Sambutan Hari Raya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang pada Sabtu.

Tambah Muhamad Zaki, pihaknya juga akan terus membuat pantauan ke atas segala aktiviti pengajian agama di madrasah atau pondok kawasan masing-masing.

“Jika ia di bawah Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) saya rasa tidak ada masalah sebab dipantau, tetapi yang perlu diberi perhatian ialah madrasah atau pusat tahfiz diuruskan secara persendirian atau masyarakat tempatan,” katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan seorang guru di sebuah pusat tahfiz telah ditahan kerana disyaki meliwat tiga pelajarnya yang berusia 12 hingga 13 tahun sejak dua tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Ahmad Shafiki Hussin, berkata pihaknya menerima laporan daripada tiga mangsa pada 15 April lalu.

Baca juga: