4 anggota polis Thailand cedera dalam kejadian letupan bom Sungai Golok

Empat anggota polis di Balai Polis Sungai Golok, Wilayah Narathiwat di Thailand dipercayai cedera dalam kejadian letupan bom pada Ahad.

Menurut laporan, keempat-empat anggota polis itu stabil meskipun mengalami kecederaan susulan kejadian tersebut.

“Suspek pasukan bersenjata pejuang pembebasan Patani, melancarkan serangan bom keatas sasaran polis Penjajah musyrikin Siam.

“Berlaku pertempuran dan pembakaran tayar getah kereta serta mengakibatkan empat pegawai polis cedera,” katanya.

Insiden letupan bom yang dipercayai berlaku di kawasan Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Thailand, tengah malam Ahad, turut dirasai oleh penduduk setempat.

Susulan kejadian tersebut, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, Polis Kelantan menerusi Pasukan Gerakan Am (PGA) meningkatkan kawalan dengan serta-merta kerana kawasan itu terletak berdekatan dengan lokasi kejadian.

Katanya, selain itu kawalan juga dipertingkatkan di kawasan lain yang berdekatan sempadan negara.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat