TotalEnergies komited tingkat pelaburan di Malaysia – PM

Syarikat minyak dan gas bersepadu multinasional dari Perancis, TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas serta terus meneroka peluang dalam bidang penyimpanan karbon di Malaysia.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memenuhi jemputan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif TotalEnergies, Patrick Pouyanne di sela Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).

Tambahnya, syarikat berkenaan juga akan terus meneroka peluang dalam bidang penyimpanan karbon di Malaysia.

Anwar turut berharap pelaburan tersebut dapat direalisasikan sesegera mungkin dan mencetus limpahan kemakmuran buat rakyat Malaysia.

“TotalEnergies telah bertapak sejak 1984 di Malaysia dan memiliki pelaburan dalam pelbagai sektor di Malaysia, antaranya tenaga boleh diperbaharui, elektrik, minyak dan penyimpanan karbon.

“Pelaksanaan pelaburan ini juga dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perkongsian pengetahuan,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum menghadiri pertemuan bersama Pouyanne, Anwar turut terlibat dalam Dialog Strategi berkaitan ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Beliau menggunakan peluang tersebut untuk mengetengahkan beberapa keutamaan Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia bermula tahun depan, selain mengukuhkan lagi kerjasama antara ASEAN dan GCC.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat