Empat warga asing leka berhibur ditahan di Sarawak

Unit Penguatkuasa Imigresen (UPI) Limbang, Sarawak bertindak membuat pemeriksaan rutin ke atas beberapa premis di sekitar Bandar Limbang pada Isnin.

Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak berkata, bertindak atas maklumat yang diberikan, UPI telah melakukan pemeriksaan ke kaki lima sebuah premis komersial dan sebuah pusat snuker.

”Empat individu telah ditahan kerana tinggal melebihi masa dan tidak mempunyai pas atau permit yang sah untuk tinggal di Malaysia.

”Kesemua tahanan tersebut merupakan warganegara Indonesia dan kes disiasat di bawah Seksyen (6)(1)(C) dan Seksyen (15)(1)(C) Akta Imigresen 1959/63,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak.

Sementara itu, majikan dan pekerja warga asing adalah dinasihatkan untuk memohon pas lawatan kerja yang sah selaras dengan peruntukan undang-undang Malaysia.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan adalah disarankan untuk menyalurkan maklumat kepada Jabatan Imigresen Malaysia atau melalui saluran aduan online sedia ada.

Pada Mac 2024, seramai 50 warga asing termasuk kanak-kanak ditahan di kawasan ladang di Bekenu, Miri Sarawak pada Rabu setelah didapati tinggal di negara ini melebihi tarikh tamat sah laku pas lawatan sosial dan bekerja tanpa pas kerja yang sah. 

Kesemua warga asing yang ditahan tersebut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat