Microsoft setuju tambah pelaburan bernilai RM10.5 bilion, wujud 300,000 peluang pekerjaan

Syarikat teknologi gergasi Microsoft bersetuju untuk menambah pelaburan berjumlah RM10.5 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar menerima kunjungan hormat Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella serta delegasi di Putrajaya pada Khamis.

“Jumlah ini adalah pelaburan terbesar pada satu-satu masa oleh Microsoft setelah bertapak selama 32 tahun di Malaysia.

“Pelaburan ini meliputi pembangunan sistem dan infrastruktur awam (cloud system) dan Kecerdasan Buatan (AI), pewujudan peluang kemahiran AI untuk tambahan 300,000 orang, penubuhan satu Pusat Kecemerlangan AI Nasional, mempertingkat kemampuan keselamatan siber negara dan menyokong pertumbuhan komuniti pembangun sistem di Malaysia,” katanya.

Dalam kenyataan oleh Microsoft, Satya Nadella menyatakan bahawa syarikat berkenaan akan bekerjasama dengan kerajaan Malaysia bagi meningkatkan Pusat Kecemerlangan AI Kebangsaan dan keupayaan keselamatan siber negara.

“Kami ingin memastikan bahawa Microsoft mempunyai infrastruktur bertaraf dunia di negara ini supaya setiap organisasi dan permulaan boleh mendapat manfaat yang baik,” katanya.

Baca juga: