Seorang maut, seorang lagi cedera dalam insiden tayar meletup di Sungai Buloh

Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera parah akibat sebuah tayar yang sedang diisi angin meletup dan terkena kedua-dua mangsa di sebuah pusat servis tayar di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor pada pukul 5.16 petang hari Khamis.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor melaporkan hasil siasatan mendapati kedua-dua mangsa merupakan pekerja di pusat servis berkenaan yang sedang mengisi angin tayar jentolak tersebut.

“Tayar tersebut dikatakan tiba-tiba meletup dan terkena kedua-dua mangsa. Seorang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi mangsa cedera parah.

“Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Siasatan tersebut dijalankan susulan rakaman suara dan gambar yang tular di laman sosial memaparkan insiden berkenaan.

Mohd Hafiz turut menyatakan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat