Mohon pihak SHELL Malaysia perjelas isu LGBT

LGBT adalah bertentangan bukan saja daripada sudut agama tetapi daripada budaya di Malaysia dan sebarang penganjuran yang dibuat turut menyelitkan promosi budaya itu perlu dihentikan untuk menghormati agama dan budaya yang diamalkan di negara ini.

Menurut kenyataan Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, memohon pihak SHELL Malaysia untuk penjelasan rasmi berkenaan isu penerimaan golongan LGBT seperti tertulis dalam web rasmi miliknya.

Pengerusi, Izzat Johari berkata, pihak SHELL Malaysia perlu mengeluarkan kenyataan rasmi dengan segera berhubung isu sensitif ini yang menyinggung rata-rata umat islam di Malaysia.

“Kenyataan yang dikeluarkan di lama web rasmi SHELL yang mengiktiraf golongan LGBT ini sememangnya satu perkara yang sensitif dan perlu kita ambil tindakan.

“Perlu kita fahami dan takut dengan perkara-perkara yang telah dinyatakan dalam Al-quran bahawa Allah melaknat golongan LGBT,” jelasnya.

Izzat Johari juga meminta pendirian Mufti seperti Mufti di Perak, Penang dan Perlis untuk memberikan pandangan berhubung isu tersebut.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat