Negeri

Dua lelaki warga asing maut dihempap dinding konkrit di kawasan pembinaan

Dua orang lelaki dipercayai warganegara Indonesia meninggal dunia selepas dihempap dinding konkrit yang berlaku di Lorong Samarindah 14B, Kota Samarahan, Kuching, Sarawak pada Khamis.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak bertindak menyelamatkan dua orang mangsa berkenaan sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.30 pagi.

Komander Operasi, Bayok Manggoi berkata, mangsa telah dihempap dinding konkrit setinggi lima kaki semasa sedang membuat kerja-kerja pembinaan di kawasan tersebut.

“Kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan KKM.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa dijalankan oleh pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, seramai 10 orang anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan telah digegaskan ke lokasi kejadian bersama satu unit kenderaan EMRS dan satu unit kenderaan Toyota Hilux.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close