Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghulurkan sumbangan buat pelakon veteren, Shahrol Ashikin yang mengalami masalah komplikasi jantung pada Jumaat.
Menerusi hantaran beliau di laman Facebook, Anwar berkata, Shahrol atau lebih dikenali dengan nama Daddy Rock, sekali lagi akan menjalani prosedur pembedahan jantung pada bulan Jun.
Sumbangan diberikan bagi tujuan menampung kos perubatan secara harian secara jelasnya telah disampaikan melalui Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi yang meluangkan masa bertemu dengan pelakon tersebut di rumah kediaman pelakon itu.
“Saya dimaklumkan bahawa beliau sekali lagi akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.
“Saya turut mendoakan urusan pembedahan beliau dipermudahkan dan dikurniakan kesembuhan sesegera mungkin, Insya-Allah,” katanya.
Terdahulu, Anwar telah menghulurkan bantuan buat pelakon veteren tersohor tanah air, Datuk Sarimah Ahmad, 82 bagi menampung kos perubatan harian selepas menjalani pembedahan membuang kanser pada tahun 2022.
Pelakon filem klasik Ibu Mertuaku itu turut menerima kunjungan daripada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Ahmad Farhan Fauzi yang hadir ke kediamannya pada awal tahun ini.
Baca juga: