Hasil komitmen secara meyeluruh dan kerjasama tinggi daripada agensi-agensi berkaitan berjaya mengawal insiden pencemaran di Sungai Labu, Sepang, Selangor daripada impak yang besar kepada bekalan air rakyat Negeri Selangor.
Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin berkata, agensi-agensi berkaitan Negeri Selangor dan negeri bersempadan serius dalam mengambil tindakan bagi mengekang pencemaran susulan insiden kesan minyak pada 12 Mei 2024.
“Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mengaktifkan Kod Kuning mengikut Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air untuk tindakan siasatan menyeluruh serta pencegahan dan mitigasi segera ekoran terdpat kesan minyak yang ditemukan pada pukul 7.45 pagi semalam.
“Siasatan segera dilaksanakan oleh LUAS berikutan terdapat beberapa muka sauk lain di hilir muka sauk loji rawatan air (LRA) Sungai Labu iaitu muka sauk LRA Salak Tinggi pada jarak 5.2 kilometer dan muka sauk LRA Labohan Dagang pada jarak 19.47 kilometer,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar.
Dalam pada itu, LUAS telah segera tiba di lokasi menjalankan siasatan di lapangan dan berdasarkan siasatan seta pemerhatian, kesan minyak di aliran sungai tersebut adalah berpunca daripada tumpahan minyak yang ditemukan di atas jalan raya di Kota Seriemas di kawasan luar Negeri Selangor.
“Badan Kawal Selia Air (BKSA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) juga telah memberikan komitmen melaksanakan kerja-kerja pencegahan dan pembersihan sehingga selesai pada pukul 4.45 petang semalam,” katanya.
LUAS telah memantau rapi keadaan semasa di loaksi terlibat dan Sungai Labu secara statik sehingga pagi Isnin dan verifikasi LUAS merekodkan bacaan kosong ton serta tiada kesan minyak ditemui.
Justeru itu, pemerhatian LUAS keadaan Sungai Labu adalah normal dan tiada potensi atau risiko pencemaran kepada LRA berkaitan dan gangguan bekalan air kepada penduduk di Negeri Selangor.
Baca juga: