Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Doha, Qatar pada Isnin pagi mengikut waktu Malaysia bagi memulakan lawatan rasmi tiga harinya di sana.
Menerusi satu hantaran Facebook Anwar, beliau menerima jemputan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara.
“Ketibaan saya disambut oleh Menteri Negara untuk Hal Ehwal Luar Qatar, Sultan bin Saad Al Muraikhi.
“Sepanjang lawatan rasmi ini juga, saya akan turut menyertai Forum Ekonomi Qatar disamping meluncurkan pembukaan rasmi kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Doha,” katanya menerusi hantaran Facebook miliknya.

Dalam pada itu, beliau turut dijadualkan untuk menyampaikan syarahan umum di Universiti Hamad Bin Khalifa, Doha.
“Selain itu, saya perlu menghadiri rundingan meja bulat dengan kapten industri Qatar dan di sebelah malamnya pula mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di Qatar.
“Moga lawatan kerja ini membuahkan hasil yang lumayan untuk negara dan rakyat. Insya-Allah,” katanya.
Baca juga: