Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyatakan, nilai kerja sektor pembinaan menunjukkan peningkatan yang ketara apabila mencatatkan sebanyak 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama tahun 2024.
Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi JPM (DOSM) melalui keluaran Statistik Pembinaan Suku Tahunan Malaysia pada 13 Mei 2024.
Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, nilai kerja dalam sektor pembinaan menunjukkan trajektori meningkat yang ketara pada suku pertama 2024 dengan sebanyak 14.2 peratus (ST4 2023: 6.8 peratus).
“Prestasi yang memberangsangkan ini disumbangkan oleh pengembangan yang lebih kukuh dalam subsektor Kejuruteraan Awam, iaitu pada 24.7 peratus selepas peningkatan 18.0 peratus pada suku sebelumnya.
“Selain itu, subsektor aktiviti Pertukangan Khas dan Bangunan kediaman kedua-duanya mengalami peningkatan dua digit masing-masing sebanyak 11.8 peratus dan 11.5 peratus.
“Pada masa yang sama, subsektor bangunan bukan kediaman juga berkembang pada kadar yang lebih laju sebanyak 3.8 peratus (ST4 2023: 1.9 peratus).
“Suku pertama 2024, jumlah nilai kerja mencapai RM36.8 billion. Daripada jumlah ini, kejuruteraan awAM menunjukkan jumlah RM15.1 billion atau 41.1 peratus, terutamanya yang didorong oleh aktiviti pembinaan jalan raya dan landasan kereta api yang menyumbang sebanyak RM7.6 bilion,” katanya.
Beliau berkata, sektor swasta kekal sebagai pemacu utama kepada pertumbuhan tersebut, dengan peningkatan sebanyak 10.1 peratus (ST4 2023: 1.4 peratus) didorong oleh kejuruteraan awam dengan 13.5 peratus dan bangunan kediaman 12.9 peratus.
Dalam pada itu, nilai kerja oleh sektor swasta berjumlah RM21.8 billion atau 59.2 peratus daripada jumlah nilai kerja pembinaan. Manakala, nilai kerja bagi sektor awam pula, mencapai RM15.0 billion atau 40.8 peratus.
Baca juga: