Seorang maut kemalangan lori bertembung treler di Pahang

Seorang maut dalam nahas melibatkan sebuah treler dan sebuah lori dalam kemalangan yang berlaku di Bentong, Pahang pada Isnin.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, seramai sembilan anggota digerakkan ke lokasi berkenaan sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.44 pagi.

Komander Operasi, PBK II Roslani Seman dang anggota bergegas ke tempat kejadian menaiki jentera FRT dan EMRS.

“Kemalangan ini berlaku apabila sebuah lori bonded telah melanggar belakang sebuah lori treler yang sedang parking di tepi jalan.

“Kemalangan tersebut telah menyebabkan lori bonded terbakar 100 peratus dan seorang mangsa lelaki dewasa telah rentung manakala seorang lagi mangsa lelaki dewasa mengalami kecederaan,” katanya.

Tambahnya, mangsa yang rentung diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Baca juga: