Kereta langgar tiang elektrik rentung di Papar

Sebuah kereta terbakar 100 peratus selepas terlanggar tiang elektrik milik Sabah Electrivity Sdn Bhd (SESB) di Taman Rose Garden, Jalan Pekan Kinarut, Papar, Sabah pada pukul 4.36 pagi hari Selasa.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), PBK II Dahlan Jainudin melaporkan kebakaran tersebut melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Viva.

“Dua orang mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita berjaya keluar dari kenderaan tersebut sendiri sebelum pasukan bomba tiba.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran hos salur bantu mula dari jentera milik JBPM,” katanya dalam kenyataan.

Dahlan turut melaporkan kebakaran tersebut dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 5.10 pagi.

Operasi tersebut melibatkan seramai 10 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar bersama satu unit jentera FRT dan satu unit kenderaan EMRS.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat