Masyarakat perlu cakna kesihatan pokok sekitar, elak insiden pokok tumbang berulang

Presiden Institut Landskap Arkitek Malaysia (ILAM), Profesor Madya Dr Nor Atiah Ismail menyeru masyarakat untuk cakna akan kesihatan pokok di sekeliling mereka dan membuat pencegahan awal sekiranya pokok tersebut mempunyai risiko untuk tumbang.

Ujarnya, masyarakat perlu memainkan peranan sebagai green eyes atau mata hijau kepada pokok-pokok yang berada di persekitaran mereka untuk mengenal pasti kesihatan pokok.

“Kesihatan pokok boleh diperhatikan melalui pelbagai kondisi, antaranya apabila daun pokok mulai kering dan luruh dengan jumlah yang luar biasa di samping ranting-ranting kecil pada pokok berkenaan juga mulai jatuh ke atas tanah.

“Selain kesihatan pokok, faktor persekitaran di sekeliling pokok juga perlu diperhatikan oleh para green eyes seperti aktiviti harian manusia yang dijalankan di sekitar pokok tersebut,” katanya ketika dihubungi Malaysia Bangkit.

Antara faktor persekitaran yang diketengahkan Nor Atiah termasuk kesesakan lalu lintas, pembangunan persekitaran yang pesat dan permukaan di sekeliling pokok yang keras hingga menyukarkan akar pokok untuk bernafas.

Beliau menyatakan perkara demikian dengan menekankan bahawa masyarakat merupakan salah satu pihak pertama yang dapat mengesan tahap kesihatan pokok-pokok dan mereka boleh melaporkan perkara sedemikian untuk mengelakkan kejadian pokok tumbang berlaku lagi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat