Remaja ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di Ranau

Seorang remaja perempuan ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Lasing, Ranau, Sabah pada pukul 1.30 pagi hari Selasa.

Ketua Balai Polis dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib melaporkan kebakaran tersebut melibatkan sebuah rumah dua tingkat separuh kekal yang terbakar 100 peratus.

“Mangsa yang merupakan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun itu ditemui rentung di bahagian tingkat bawah rumah tersebut.

“Seorang lelaki yang merupakan bapa saudara kepada remaja perempuan tersebut sempat menyelamatkan diri manakala mangsa terperangkap disebabkan asap tebal,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ridwan turut menyatakan mayat mangsa yang ditemui berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

Operasi memadam kebakaran tersebut segera dilakukan dengan menggunakan sumber air dari jentera bomba yang melibatkan seramai lapan anggota bomba.

Ridwan turut berkata, operasi ditamatkan pada pukul 4.26 pagi hari yang sama.

Baca juga: