Negeri

Pendaki wanita tidak mampu berjalan dibawa turun dari Gunung Kinabalu

Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) menyelamatkan seorang wanita yang mengalami sakit perut, muntah, pening dan mengadu tidak mampu berjalan di KM 2, Gunung Kinabalu, Ranau, Sabah pada Selasa.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Pegawai Bomba Bantuan Feliks Taimin melaporkan mangsa yang berusia 25 tahun itu telah selamat dibawa turun menggunakan kaedah ‘piggyback carry‘.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada petugas perubatan di ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya sebaik tiba di Pintu Timpohon,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi tersebut melibatkan seramai lima orang pasukan MOSAR dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau bersama malim gunung di lokasi.

Terdahulu, pada Oktober 2022, terdapat kes yang seakan sama dengan kes terbaharu tersebut dimana seorang wanita mengalami ‘Acute Mountain Sickness‘ (AMS) ketika berehat di kawasan sama.

Pihak bomba berjaya menyelamatkan mangsa menggunakan teknik usungan dan sudah mendapat rawatan lanjut di Hospital Ranau.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close