Nasional

Kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke UiTM, hanyalah Naratif palsu MPP

Kemasukan pelajar bukan bumi putera ke UiTM dianggap ‘naratif palsu’ yang sengaja ditimbulkan oleh pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara menerusi hantaran di Facebook mereka pada 14 Mei 2024.

Menurut Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan, Akmal Aizad, kemasukan golongan bukan bumiputera hanya melibatkan satu program lepasan ijazah (cardiothoracic surgery) sahaja dan ianya tidak melibatkan semua program yang ditawarkan oleh UiTM seperti yang cuba digembar-gemburkan oleh pihak MPP.

“Penerimaan pelajar bukan Bumiputera ini jugak hanyalah bersifat sementara sehingga kursus yang sama akan dibuka di Universiti Malaya, barulah semua doktor-doktor ini akan dipindahkan ke sana.

“Tiada pun yang mengatakan kursus ini akan dibuka selamanya kepada bukan Bumiputera dan sama sekali tidak melibatkan pelajar undergraduate.

Sebelum ini, pihak MPP UiTM mengeluarkan kenyataan bahawa kesemua 214 ahli MPP UiTM berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Perkara 153) berkenaan pembukaan UiTM kepada pelajar bukan Bumiputera.

Dalam pada itu, kempen #MahasiswaUiTMBantah juga turut dilancarkan bagi memberi pendedahan serta pengetahuan kepada mahasiswa atas hak asasi keadilan bumiputera yang akan berlangsung bermula 14 mei sehingga 16 mei ini.

Kenyataan tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi dan bantahan dari ramai pihak berkenaan isu tersebut.

Baca juga :

Related Articles

Check Also
Close