Pelaksanaan projek rintis Dasar Gaji Progresif (DGP) akan dibuka kepada lima sektor bermula pada bulan Jun hingga Ogos depan.
Lima sektor terlibat itu antaranya ialah pembinaan, pembuatan, perdagangan borong dan runcit selain pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal.
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam satu kenyataan berkata, sektor terlibat turut meliputi bidang maklumat dan komunikasi selain aktiviti profesional, saintifik dan teknikal.
“Kenaikan gaji perlu seiring dengan peningkatan tahap kemahiran dan keberhasilan pekerja.
“Syarikat yang menyertai DGP perlu menyediakan dokumen yang mengesahkan bahawa pekerja menghadiri dan melengkapkan kursus dan latihan peningkatan kemahiran sekurang-kurangnya selama 21 jam (tiga hari),” katanya.
Kementerian Sumber Manusia berkata, syarikat yang berminat untuk menyertai DGP boleh mendaftar secara sukarela melalui Portal Dasar Gaji Progresif (https://gajiprogresif.gov.my) mulai pada Khamis.
Beliau berkata, syarikat yang terpilih akan menerima insentif berjumlah maksimum RM200 sebulan bagi setiap pekerja bagi kumpulan peringkat permulaan, manakala maksimum RM300 sebulan bagi setiap pekerja untuk kumpulan bukan peringkat permulaan.
Baca juga: