Saifuddin ziarah anggota cedera dalam serangan Ulu Tiram

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menziarahi Koperal Mohd Hasif Roslan di Hospital Sultan Ismail (HSI) yang tercedera dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, pada Jumaat.

Beliau tiba di HSI pada pukul 9.20 pagi dan meluangkan masa lebih 10 minit menyantuni anggota polis itu dan ahli keluarganya.

Turut mengiringi Saifuddin Nasution ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Johor CP M Kumar.

Saifuddin Nasution kemudian melawat lokasi insiden serangan itu yang terletak kira-kira 12 kilometer dari hospital berkenaan.

Dalam serangan pada 2.45 pagi itu, tiga maut iaitu dua anggota polis Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, serta suspek berusia 21 tahun. Sementara Koperal Mohd Hasif Roslan cedera ditembak.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat