Nasional

Kemunculan mutasi baru ‘Flirt’, kes covid dijangka akan meningkat

Seorang doktor dari Amerika Syarikat telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai varian covid terbaru dipanggil ‘flirt’ yang dijangka lebih kuat, pantas dan merupakan strain dominan bagi mengelak imuniti dari vaksin.

Varian baharu ini dipercayai merupakan sebahagian daripada keluarga Omicron, dan juga telah menjadi varian paling umum selepas dikesan di Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Peningkatan covid terkini yang diambil dari Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA), menunjukkan peningkatan 17.9% dalam jangkitan Covid minggu ke minggu dan peningkatan sebanyak 32.6% bagi orang yang dimasukkan ke hospital dengan virus tersebut.

Manakala 92 orang lagi telah meninggal dunia dipercayai berpunca dari strain yang paling umum ditemui di UK iaitu varian FLiRT KP.2 dan KP.1.1.

Menurut Pengasas Syarikat Pembantu Klinikal Maya (VMeDx), Dr Gregory P. Gasic, menyatakan subvarian JN.1.11.1 itu merupakan keturunan JN.1 yang mengandungi protein spike dimana ia memberikan kelebihan kepada virus itu dari segi penularan dan pengelakan imun.

“Kelebihan Ini menjadikan mereka lebih berkeupayaan untuk merebak dan mengelak imuniti daripada jangkitan atau vaksinasi terdahulu.

“Ia kerana varian FLiRT ini menjadi dominan dengan begitu pantas disebabkan kebolehan transmisinya yang lebih tinggi dimana ianya menyumbang lebih satu perempat daripada jangkitan di AS pada pertengahan Mei 2024.

“Peningkatan kes covid ini, telah menimbulkan kebimbangan orang ramai akibat keupayaan yang dimilikinya walaupun dos penggalak diambil,” jelasnya.

Media antarabangsa WalesOnline, turut melaporkan, Gregory menggesa orang ramai mengambil Vaksin dan vaksin penggalak bagi mencegah varian tersebut sekaligus menyarankan orang ramai mengikut garis panduan kesihatan awam seperti memakai topeng dan penjarakan sosial.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close