Song Joo Ven membuka tirai Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2024 dengan langkah kanan

Pemain badminton perseorangan profesional negara, Song Joo Ven membuka tirai Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2024 yang berlangsung di Axiata Arena dengan langkah kanan apabila berjaya menundukkan lawan dari Azerbaijan dengan keputusan set 21-7,21-17 dalam tempoh 39 minit.

Joo Ven dijadualkan bertemu dengan pemain pilihan ketiga kejohanan dari Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin atau pemain dari Jepun, Koo Takahashi pada pusingan seterusnya.

Namun, nasib yang berbeza dialami pasangan beregu negara, Liew Xun-Chia Weijie yang gagal mencipta kejutan apabila tewas kepada pilihan pertama dari Korea Selatan, Kim Young Hyuk-Wang Chan dengan keputusan set, 17-21, 18-21.

Turut berdepan nasib yang sama, Cheam June Wei terpaksa akur tewas kepada lawan yang juga pilihan kedua kejohanan dari India, K. Satish Kumar dengan hasil keputusan set , 21-15, 21-19.

Tumpuan utama skuad kebangsaan sudah tentu akan tertumpu kepada beregu badminton utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang bakal memulakan saingan mereka menentang pemain yang layak ke pusingan kelayakan pada Rabu ini.

Dalam masa sama, pemain badminton perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia turut menjadi tumpuan setelah baru sahaja menundukkan jaguh Hong Kong, Ng Ka Long bagi merangkul trofi Kejohanan Terbuka Thailand 2024 baru-baru ini.

Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2024 secara rasmi membuka tirainya pada Selasa dan dijadualkan sehingga 26 Mei 2024 yang bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Baca juga :

https://malaysiabangkit.com/2024/05/20/lee-zii-jia-rampas-semula-gelaran-juara-terbuka-thailand-2024

Anda Mungkin Berminat