Negeri

209 mangsa banjir di Perak dipindahkan ke PPS

Seramai 209 mangsa terpaksa dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Perak Tengah selepas kawasan mereka dilanda banjir pada Rabu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa melibatkan 73 keluarga dari Kampung Serapoh dan Kampung Buloh Akar dekat Parit.

“PPS Sekolah Kebangsaan Simpang 3 dibuka jam 9 malam tadi bagi menempatkan 73 keluarga yang terjejas banjir.

“Jumlah mangsa masih kekal 209 orang setakat jam 8 pagi ini,” katanya.

Dalam pada itu, ekoran Kampung Serapoh dan Kampung Buluh Akar dinaiki air berpunca limpahan akibat hujan lebat berterusan sejak petang Rabu.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, antara kawasan yang terbabit ialah daerah Kinta, Perak Tengah dan Manjung.

Jelasnya, banjir kilat yang berlaku di Kampung Simpang 3, Buluh Akar di Parit menyebabkan lima buah keluarga terjejas.

“Banjir kilat itu dengan kedalaman 1 meter dan membabitkan lima buah rumah, proses memindahkan mangsa ke tempat selamat telah dilakukan,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Difahamkan, pemantauan bagaimanapun terus dilakukan mengikut keadaan semasa cuaca.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close