PM zahirkan ucapan tahniah kepada pasukan sepak takraw Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan sepak takraw Malaysia yang berjaya meraih kemenangan berganda pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa pada 22 Mei 2024.

Menerusi akaun Facebook milik Anwar, beliau menzahirkan rasa bangga kerana pasukan sepak takraw negara memberikan inspirasi yang mendorong kejayaan untuk masa depan.

“Satu pencapaian yang membanggakan dan luar biasa! Tahniah pasukan sepak takraw Malaysia! Moga kemenangan ini akan mendorong lebih banyak kejayaan di masa akan datang!,” tulisnya.

Sementara itu, skuad negara berjaya menewaskan Thailand dengan keputusan 2-0 pada aksi final dalam acara double dan regu divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 sekali gus, menjuarai acara berkenaan.

Selain itu, tiga ahli yang terdiri daripada Farhan Adam, Syahir Roshdi, Azlan Alias (Haziq Hairul Nizam) telah membuktikan prestasi mereka dengan menumbangkan regu Thailand iaitu Poramet Poramet Siriswat, Sittipong Khamchan, Varayut Jantarasena (Siriwat Sakha) dengan hasil keputusan 15-8, 15-12.

Dipercayai seramai 3,000 penyokong yang hadir di Stadium Titiwangsa telah membakar semangat pasukan Malaysia dengan kekal mendahului perlawanan sebelum mencatatkan kemenangan pada set pertama.

Baca juga:

https://malaysiabangkit.com/2024/05/21/song-joo-ven-membuka-tirai-kejohanan-badminton-malaysia-masters-2024-dengan-langkah-kanan