2 buah rumah hangus 100 peratus di Bongawan

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berjaya memadam kebakaran melibatkan dua buah rumah di Kampung Padang Kumalik Bongawan, Sabah pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Mohd Johainin Ruslan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.49 malam.

Menurutnya, seramai 19 anggota dan pegawai daripada BBP Kimanis dan Papar bersama jentera FRT, Vigo, LFRT dan sebuah kenderaan unit EMRS digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Kebakaran melibatkan 2 buah rumah jenis tidak kekal masing-masing berkeluasan 40 x 60 kaki persegi.

“Rumah yang pertama hangus dijilat api 100 peratus , manakala rumah yang kedua hanya 30 peratus terbakar yang melibatkan bahagian bilik.

“Namun, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kebakaran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, operasi pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki dari sumber air terbuka dan dua aliran salur bantu mula dari pam jentera.

Jelasnya, pasukan bomba membuat pemeriksaan di kawasan kebakaran bagi memastikan kawasan tersebut telah selamat.

Difahamkan, operasi dapat dikawal pada pukul 9.20 malam dan tamat sepenuhnya pada pukul 11.47 malam.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat