Lawatan Anwar ke Jepun peroleh pelaburan bernilai RM1.45 bilion

Kunjungan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasinya ke Tokyo berjaya meraih pelaburan dan eksport yang bernilai RM1.45 bilion dan RM550 juta daripada tujuh syarikat utama Jepun pada Jumaat.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz beberapa projek daripada pelaburan tersebut dijangka dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun ini.

Antara syarikat yang berminat termasuk industri jentera dan kelengkapan seperti kimia dan produk kimia, industri minyak dan gas seperti minyak sawit, termasuk produk berasaskan minyak sawit serta tenaga yang boleh diperbaharui (RE)

“Dengan potensi pelaburan ini dapat membantu Malaysia mewujudkan satu ekosistem yang lebih kukuh dalam sektor semikonduktor, tenaga yang boleh diperbaharui serta teknologi hijau.

“Selain itu, projek-projek yang disenarai merupakan pemangkin penting bagi Malaysia untuk mencapai matlamat pelepasan karbon sifar bersih Malaysia menjelang tahun 2050,” ujarnya.

Mesyuarat dua hala Anwar turut memberi peluang kepadanya bersemuka dengan syarikat seperti IHI Corporation, Nisshin Oillio Group, Tokuyama Corporation, Sumitomo Corporation, ENEOS Holdings, Mitsubishi Corporation dan Tokyo Gas.

Selain itu, ia merupakan pelabur keempat terbesar dalam sektor pembuatan dengan jumlah mencecah RM102.11 bilion yang turut melibatkan 2810 projek dan 344,120 peluang pekerjaan, Jepun juga merupakan rakan dagangan keempat terbesar bagi tahun 2023 dengan nilai dagangang mencecah RM156.63 bilion.

Terdahulu, Anwar dikhabarkan melakukan lawatan singkat ke Jepun sejak 22 Mei dan dijadualkan pulang ke tanah air pada 24 Mei 2024.

Baca juga :