Tiga maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di KM 262.5, Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE) arah utara di Perak pada pukul 11.10 malam hari Jumaat.
Penyelia Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), PBK II Ahmad Nizam Abdul Manaf melaporkan kemalangan tersebut melibatkan dua buah kenderaan jenis Honda Civic dan Perodua Bezza.
“Tiga daripada sembilan mangsa yang meninggal dunia merupakan seorang lelaki dan dua orang wanita dewasa manakala seorang wanita dan lima orang kanak-kanak cedera.
“Seorang mangsa yang merupakan pemandu Perodua Bezza telah tersepit di bahagian pemandu telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Ahmad Nizam turut melaporkan kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Operasi tersebut melibatkan seramai enam orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong, Perak bersama anggota di BBP Taiping turut hadir membantu.
Baca juga: