Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Jumaat mengarahkan rejim Israel untuk menghentikan serangan ketenteraannya di Rafah berkuatkuasa serta-merta.
Agensi Anadolu melalui laporannya berkata, ICJ juga meminta Israel untuk mengekalkan lintasan sempadan Rafah terbuka bagi membolehkan akses tanpa halangan perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
“Israel mesti segera menghentikan serangan ketenteraannya atau sebarang tindakan lain di wilayah Rafah yang boleh menyebabkan kumpulan Palestin di Gaza, keadaan hidup yang boleh membawa kemusnahan fizikal secara keseluruhan atau sebahagian,” kata Presiden ICJ, Hakim Nawaf Salam.
Peguam Afrika Selatan pada minggu lalu menggesa ICJ mengenakan langkah kecemasan, dan berkata serangan Israel ke atas bandar selatan Gaza itu “mesti dihentikan” untuk memastikan kelangsungan hidup rakyat Palestin.
Rejim Israel yang dituduh melakukan operasi pembunuhan beramai-ramai (genosid) terhadap rakyat Palestin sering menggunakan alasan operasi ketenterannya adalah mempertahankan diri dan disasarkan kepada militan Hamas.
Menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih daripada 800,000 orang telah melarikan diri akibat pencerobohan darat rejim Israel.
Jumlah kematian penduduk Palestin yang dilaporkan berjumlah lebih 35,000 orang.