Malaysia mengalu-alukan langkah-langkah sementara tambahan berkaitan Konvesyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid di Gaza oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court Of Justice- ICJ) pada 25 Mei 2024.
Perkara itu dimaklumkan satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Negeri yang menyatakan Hukum Jenayah Genosid itu diambil atas dasar menghentikan serangan ketenteraan di Rafah yang dilakukan Israel.
“Pada 24 Mei ICJ mengarahkan Israel mengekalkan pintu sempadan terbuka bagi penyaluran bantuan kemanusiaan tanpa halangan.
“Selain itu Israel juga diminta membenarkan akses tanpa halangan kepada mana-mana Suruhanjaya Siasatan, Misi Pencarian Fakta atau badan siasatan yang diberi mandat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menjalankan satu siasatan Genosid di Gaza.
“Israel juga diminta membuat laporan atas segala tindakan yang diambil ke mahkamah dalam tempoh masa sebulan ini,” Jelasnya.
Malaysia turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk terus memberikan penekanan kepada Israel supaya mereka dapat mematuhi langkah-langkah sementara tambahan yang telah diputuskan ICJ .
Kegagalan Israel membuat sedemikian dikira satu penghinaan buat undang-undang antarabangsa.
Baca juga :