Seorang wanita warga tempatan mendakwa telah menjadi mangsa penipuan pembelian atas talian tidak wujud dan alami kerigian berjumlah RM365, 500.00.
Sehubungan itu, pihak polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Segamat, Johor telah menerima laporan berkenaan itu yang dibuat oleh mangsa.
Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah, pengadu telah menerima mesej menerusi aplikasi Facebook.
“Mesej tersebut dikatakan bertulisan Cina yang membawa maksud ‘Jadikan batu sebagai emas’ yang menawarkan pembelian baru Jade dati China.
”Selain itu, pengadu dijanjikan akan dibayar sebanyak RM4 juta sekiranya batu yang dibeli oleh pengadu memgandungi Batu Jade,” katnya menerusi satu kenyataan.
Beliau berkata, dalam masa sama mangsa telah membuat pembayaran secara berperingkat ke beberapa akaun yang diberikan oleh suspek.
”Namun, setelah gagal menerima pulangan seperti yang dijanjikan pengadu syaki telah ditipu,” jelasnya.
Walaubagaimanapun, kes telah disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebab serta denda.
Justeru itu, polis Segamat menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga terutama dalam urusan melibatkan transaksi kewangan secara atas talian.
Baca juga: