Jenayah

68 saman dikeluarkan dalam Operasi Samseng Jalanan di Johor

Polis Diraja Malaysia Daerah Iskandar Puteri, Johor telah menjalankan satu Operasi Samseng Jalanan bagi mencegah kegiatan tidak bermoral seperti lumba haram pada Isnin.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri,  Asisten Komisioner Polis (ACP) Kumarasan Muniandy menerusi satu kenyaatan.

“Operasi yang diketuai seorang pegawai dan 10 anggota telah dijalankan di kawasan Puteri Harbour yang menjadi salah satu tumpuan untuk kumpulan samseng jalanan untuk berkumpul dan berlumba.

“Pemeriksaan dijalankan ke atas motosikal dan penunggang yang dilihat mempunyai potensi untuk melakukan aktiviti lumba haram di situ.

“Selain dari itu, pemeriksaan turut dilakukan kepada motor yang melakukan pengubahsuaian yang melampau,” katanya.

Hasil daripada operasi tersebut mendapati sebanyak 32 buah motosikal dan 44 individu telah diperiksa.

Manakala, 68 keping surat saman telah dikeluarkan atas kesalahan trafik dan sebanyak 24 buah motosikal telah disita bawah seksyen 64 APJ 1987.

Kesemua motosikal tersebut telah dibawa balik ke BSPTD Iskandar Puteri untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Baca juga :

Related Articles

Check Also
Close