Mahkamah

Gagal sedia pengadang jentera, majikan didenda RM14,000

Mahkamah Seksyen Jenayah 2, Butterworth, Pulau Pinang, pada Isnin menjatuhkan hukuman denda RM14,000 terhadap sebuah syarikat pembuatan kerana gagal mematuhi aspek keselamatan tempat kerja mengikut piawaian yang ditetapkan.

Kraft Industries Sdn Bhd sebagai majikan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Syarikat itu didapati telah gagal memastikan bahagian mata pisau jentera dipagar dengan selamat sehingga menyebabkan kemalangan kepada pekerjanya.

Pekerja syarikat itu terputus keseluruhan jari telunjuk kiri semasa sedang menjalankan kerja-kerja memotong kotak menggunakan mesin tersebut.

Kraft Industries Sdn Bhd, disabitkan atas pertuduhan di bawah Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak kerana gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa JKKP Pulau Pinang, Nadia Farhana manakala penyiasatan kes dijalankan pegawai penyiasat JKKP Pulau Pinang diketuai Muhammad Rufaizal Izham.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close