Pemain perseorangan profesional badminton negara, Lee Zii Jia tidak berjaya mencipta kejutan selepas tewas kepada pemain nombor 1 dunia dari Denmark, Viktor Axelsen untuk merangkul naib juara selepas ditundukkan dalam aksi ‘rubber set’ (set penentuan) pada Ahad.
Pertembungan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu masih tidak mendapat rentak permainan sekali gus memberikan kemenangan mudah kepada Axelsen apabila tewas 21-6.
Set kedua, Zii Jia mula bangkit dengan mempamerkan aksi garang sebelum berjaya menoktahkan kemenangan menentantan pemain Denmark itu, 20-22 bagimengheret permainan ke set penentuan dalam aksi yang penuh debaran.
Set penentuan, pemain berasal dari Alor Setar kedah itu terpaksa akur apabila tewas kepada Juara Dunia 2022 itu, 21-13 selepas berjuang selama 1 jam 3 minit.
Manakala nasib berbeza dialami pasangan regu campuran professional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie apabila menerima ‘hadiah perkahwinan’ yang paling bermakna selepas berjaya merangkul juara Badminton Malaysia Masters 2024 setelah menewaskan lawan dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dalam aksi straight set 21-18,21-19.
Kejuaraan yang diperoleh selepas berhempas pulas selama 48 minit menentang gandingan pilihan ketiga kejohanan itu, merupakan kemenangan pertama Malaysia dalam sektor tersebut selepas 7 tahun tidak mempunyai sebarang kilauan emas di pentas akhir dalam edisi-edisi sebelum ini.
Mereka dijangka meneruskan perjuangan di KFF Badminton Terbuka Singapura yang dijadualkan berlangsung pada 28 Mei ini sehingga 2 Jun 2024.
Baca juga :