GlobalNasional

Mubadala Energy berniat perkasakan sektor pelaburan di Malaysia

Kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Mubadala Energy, Sheikh Mansoor Mohamed Al Hamed ke Malaysia pada Isnin bertujuan memperkasakan lagi sektor pelaksanaan pelaburan Mubadala Energy di Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara tersebut menerusi hantaran Facebooknya yang menyatakan beliau dikhabarkan Mubadala Energy mahu fokus dan memajukan pelaksanaan pelaburannya di Malaysia.

“Pagi tadi saya telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Mubadala Energy, Sheikh Mansoor Mohamed Al Hamed, seraya diapitkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

“Mubadala Energy ialah syarikat tenaga antarabangsa yang berpusat di Abu Dhabi dengan pelaburan di 7 buah negara termasuk Malaysia.

“Syarikat ini kini aktif dalam inisiatif tenaga boleh diperbaharui dan penyahkarbonan melalui pelaburan dalam pembangunan rantaian nilai seperti hidrogen biru dan penangkapan karbon, penggunaan dan penyimpanan (CCUS).

“Malaysia mengalu-alukan perancangan pelaburan ini yang turut terkait projek-projek berimpak tinggi tenaga boleh diperbaharu,” katanya.

Jelas Anwar, kehadiran pelabur-pelabur yang kukuh seperti Mubadala Energy adalah selari dengan usaha Kerajaan melaksanakan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan sokongan Kerajaan dalam memastikan pelaburan-pelaburan asing sedang berjalan lancar dan memulakan operasi mengikut jadual.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close