Hiburan

‘Tanpa ibu bapa, saya takkan berada di tahap ini’ – Ziana Zain

Konsert CSA Academy mempersembahkan Ziana Zain Konsert 2024 yang berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, pada 25 Mei lalu, berjaya memukau 5000 peminat yang hadir.

Selepas 22 tahun penyanyi berusia 56 tahun itu tidak melakukan sebarang konsert solo, Ziana Zain kembali dengan konsert yang berdurasi dua jam lebih dengan menyajikan lagu-lagu terkenalnya seperti Madah Berhelah, Berpisah Jua dan Dingin yang mengamit memori peminat-peminat tegarnya.

“Saya sangat terharu dan berterima kasih kepada peminat-peminat yang telah menjadi tulang belakang dalam kerjaya selama ini. Juga kepada pihak media yang sentiasa membantu dalam perjalanan karier dalam masa yang sama tidak putus-putus membantu mempromosikan konsert ini.

“Selain itu, kepada ibu-bapa saya yang sering menyokong dan membantu saya sepanjang karier saya dari saya muda sehingga lah saya berusia 56 tahun, tanpa mereka tiada lah Ziana Zain yang sekarang.

“Walaupun saya dah 56 tahun, saya masih takut kepada mereka dan saya masih meminta nasihat dan tunjuk ajar daripada ibu-bapa saya kerana berkat doa mereka saya boleh sampai sejauh ini,” ujarnya.

Pelantun lagu Puncak Kasih itu turut menyarungkan busana yang dipakai ke bapanya menerusi panggilan video ketika konsert tersebut selain menasihati peminat-peminat yang hadir bahawa doa seorang ibu-bapa adalah penting demi kesejahteraan hidup.

Konsert tersebut diteruskan dengan satu sesi ‘berkaraoke berantai’ dimana Ziana menyanyikan lagu-lagu pilihan peminat tanpa muzik latar yang menonjolkan vokal hebatnya bagi memeriahkan suasana konsert tersebut.

Sekadar info, kali terakhir Diva Pop itu mengadakan konsert solonya pada tahun 2001 menerusi Ziana Zain In The Park yang diadakan di PWTC yang kini dipanggil World Trade Centre, Kuala Lumpur.

Baca juga :

Related Articles

Check Also
Close