Alan Walker teruja bakal bertemu peminat Malaysia 22 Jun depan

Penyanyi dan komposer lagu terkemuka, Alan Walker yang dikenali dengan keunikan lagu dan ‘trademark’ dengan memakai pelitup muka bakal menggegarkan Surf Beach Sunway Lagoon dengan Konsert Jelajah Asia yang akan berlangsung pada 22 Jun depan.

Walker yang terkenal dengan lagu ‘Faded’ itu dikhabarkan akan berkolaborasi bersama penyanyi dari Indonesia, Putri Ariani yang dikenali melalui program realiti America Show Got Talent sebagai tetamu undangan konsertnya nanti.

“Saya mengenali Ariani dari satu program dan disitu kami sering berbincang ingin berkolaborasi bersama dan pihak pengurusan kami menguruskan perkara tersebut, maka terjadilah konsert ini dan lagu berjudul Who I Am.

“Saya mengharapkan konsert kali ini akan menjadi seronok dan semua peminat-peminat saya dapat bersemangat selain berhibur di konsert saya,” katanya ketika ditemu bual selepas sesi sidang media rasmi Walkerworld Tour Malaysia di Sunway Resort, tengah hari tadi.

Dia turut menjelaskan bahawa Malaysia sebagai salah satu negara pilihan buat jelajah Asianya pada kali ini merupakan salah satu impian buatnya untuk mengadakan konsert di Kuala Lumpur dan merasakan perkara tersebut akan menjadi satu pengalaman bermakna buat peminatnya di Malaysia.

Peminat Alan Walker masih boleh mendapatkan tiket ke Walkerworld Tour Malaysia dengan melayari Megatix.my bermula dari harga RM189 sehingga RM289.

Baca juga :