Kecantikan bawa padah, wanita maut selepas suntikan besarkan payudara

Seorang wanita maut selepas mendapatkan suntikan untuk membesarkan payudara dipercayai dilakukan oleh seorang pakar kecantikan tidak bertauliah di sebuah pusat kecantikan di Tambakbayan, Depok Indonesia pada Sabtu.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku apabila wanita itu membuat satu temu janji untuk menjalani rawatan kecantikan dengan pemilik pusat kecantikan berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Depok Barat, Kompol Tri Hartanto, seorang pekerja wanita memberikan layanan kepada mangsa sejurus selepas tiba di pusat kecantikan tersebut dan kemudianya telah memberikan suntikan ‘filler’ (likatan) ke payudara mangsa.

“Selepas itu, mangsa mula mengalami ras pening-pening, muntah dan menggigil akibat kesan daripada suntikan tersebut. Oleh itu, isteri kepada pemilik pusat rawatan itu membawa mangsa terus ke hospital.

“Namun, mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di hospital tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, laporan polis telah dibuat oleh keluarga mangsa dan terkini pihak polis berjaya menahan dua suspek yang bakal berdepan dengan hukuman undang-undang kerana menubuhkan pusat kecantikan yang tidak bertauliah.

Kompol berkata, kedua-dua suspek yang tertuduh iaitu pemilik kepada pusat kecantikan dan seorang pekerjanya.

“Kedua-dua tertuduh disiasat di bawah peruntukan Undang-Undang Fasal 197 atau Fasal 198 Jo 106 Undang-Undang Republik Indonesia Nombor 36, Tahun 2009, terkait amalan kefarmasian yang tidak memiliki keahlian,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat