Lori berisi diesel terbakar, seorang cedera di Gunung Semanggol

Seorang cedera dalam kebakaran yang melibatkan sebuah lori simpanan diesel yang berlaku di Loji Air Gunung Semanggol, Perak pada Selasa.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak memaklumkan menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.45 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian yang diketuai Komander Operasi Pegawai Bantuan Kanan (PBK II), Muhammad Khalid Mohd Idris.

“Kebakaran tersebut melibatkan sebuah sebuah lori tangki simpanan diesel musnah terbakar 90 peratus. Kebakaran lori tersebut juga menyebabkan lapan unit tong drum penyimpanan diesel terbakar.

“Sebelum pasukan Bomba tiba di lokasi, terdapat seorang mangsa telah dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana mengalami kecederaan di bahagian kaki.

“Anggota Bomba bertindak menjalankan kerja-kerja pemadaman kebakaran dengan menggunakan aliran air tangki dari jentera Bomba sehingga kebakaran padam sepenuhnya. Operasi dapat dikawal dan tamat sepenuhnya pada pukul 12.59 tengah hari,” jelasnya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Tujuh orang anggota Bomba daripada BBP Bagan Serai, PBS Alor Pongsu, dan PBS Lembah Beriah telah menaiki jentera FRT, Mitsubishi Triton dan kenderaan Unit EMRS ke tempat kejadian.

Baca juga :

Anda Mungkin Berminat