Seminar Hebahan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Akta Kilang dan Jentera 2022 – KESUMA

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah menganjurkan Seminar Hebahan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 dan Akta Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2022 peringkat Zon tengah pada Rabu.

Anjuran seminar tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, akta-akta berkenaan telah diwartakan pada 16 Mac 2022 dan akan berkuatkuasa pada 1 Jun 2024.

“Pewartaan Akta ini selari dengan komitmen kerajaan untuk memastikan semua pekerja di negara ini dapat bekerja di persekitaran kerja yang selamat, sihat, kondusif dan produktif.

“Antara perubahan ketara di dalam Akta berikut adalah peningkatan penalti (deterrent effect) yang berjumah 10 kali ganda daripada yang sedia ada, iaitu maksimum penalti dinaikkkan daripada RM50,000 kepada RM500,000,” katanya.

Dalam pada itu, penganjuran seminar itu bertujuan memastikan pihak berkepentingan iaitu pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP), persatuan-persatuan KKP, majikan dan juga pekerja dapat memahami perubahan yang telah dibuat di dalam akta tersebut.

Jelasnya, Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2021-2025 atau OSHMP25 dibangunkan bertujuan untuk memperkukuhkan lagi pembetukan “Budaya Kerja Selamat dan Sihat” di kalangan majikan dan pekerja.

“Program pada hari ini merupakan salah satu program di bawah Teras Strategik 1 iaitu Memartabatkan Dasar dan Perundangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,” jelasnya lagi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat