Bekas pengacara, wartawan Majalah 3 meninggal dunia

Bekas pengacara dokumentari Majalah 3, Abdullah Sidek Majin, 58, disahkan meninggal dunia pada pukul 11 malam di Hospital Slim River, Perak pada Rabu.

Anak sulungnya iaitu Luqman Sidek, 28, kongsikan berita yang menyedihkan itu dan memaklumkan bahawa ayahnya jatuh rebah sebelum pergi meninggalkan mereka sekeluarga buat selama-lamanya.

“Saya dapat berita ayah saya jatuh terlentang di rumah nenek saya di Kampung Lubuk Salak, Tanjung Malim pada pukul 6.00 petang.

“Kemudianya, ayah saya terus dibawa ke Hospital Slim River, ayah sebelum ini menghidap penyakit kanser limfoma tahan empat.

“Selepas pegawai perubatan membuat pemeriksaan, arwah disahkan sudah tidak bernafas lagi pada pukul 11.00 malam,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Susulan itu, jenazah dilaporkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cabang Lima, Tanjung Malim.

Sementara itu, Abdullah Sidek dikhabarkan menghidapi penyakit kanser limfoma selain tidak lagi aktif bekerja di stesen televisyen sejak lapan tahun lalu.

Pemergian beliau turut meninggalkan seorang isteri, Khairina Sabtu bersama lima orang anaknya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat